Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri telah diberi nama sempana nama Bandar Seri Permaisuri yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Tapak sekolah ini pada asalnya adalah dari bekas lombong bijih timah yang telah pun ditebus guna. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 4.00 ekar / 1.62 hektar dengan peruntukan sebanyak RM18 juta.
Terdapat sebuah stadium mini yang dibina bersebelahan sekolah dengan perbelanjaan pembinaannya memecah lebih kurang RM 2 juta. Dengan terbinanya kemudahan ini, maka segala latihan sukan serta pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dapat dijalankan dengan berkesan.
Sekolah ini telah dibina pada akhir tahun 1999 dan telah dibuka pada tahun 2003. Sekolah ini Encik Naseh bin Hassan merupakan penjaga sementara sekolah ini pada permulaan sekolah ini beroperasi. Jumlah tenaga pengajar pada ketika itu adalah seramai 23 orang manakala pelajar pula berjumlah 360 orang. Jumlah kelas yang dibuka pada masa itu adalah sebanyak 11 kelas. Pada tahun 2004, jumlah tenaga pengajar telah meningkat pada 35 oarang iaitu terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 27 orang guru perempuan.
No comments:
Post a Comment